Monday, December 28, 2009
ibu mengandung=split personality.
Lately neh, i am given an honoured job to take care of my sis who is in trisemester 1. having quite bad morning sickness. with some-kind-of-bacteria effection. dgn not-so-complete thesis yg kna anta b4 end of dec. plus suami jauh. hahahaah! ni bkn ketawa jhat eh, ni ketawa gembire je. ok. nmpk kejam. -_-
im ok je, jalan 4 batu sehari beli makanan macam2. kejap nk mee goreng la. nasi kandar pelita sblah klcc la. asam pedas terubok yg nk cr kt mane pn x tau la. soto kul 10 mlm la. tgk muntah time mkn. time drive. time nk tido. layan urut mcm nk tanggal tgn. jd nurse x berdaftar. tukang angkat barang tanpa charge. no sweat at all. hui..hebat2. tp satu je. die x bagi makan kicap time makan nasi. hekkkk?!!!
apa kate survey??? cheit!!! dulu time kocik2 die yg ngajar aku asek mkn kicap je skrg blh pula x bagi..wuha!!!!
Friday, December 18, 2009
salam Maal Hijrah 1431!
Monday, December 14, 2009
mimpi
Dreams are a personal message from your inner self to your outer self. "...Many times your mind is processing such things as trauma and problems in your life at that time, truths you are denying yourself or refusing to accept..."
quote frm http://www.dream2live.com/index.php
peringatan jelas agar jangan cari permasalahan hati yg lain bt sementara waktu ini.
persahabatan. mungkin ada yg kata aku sangat cengeng tentang hal ini. admit it. because it is my truly happiness. my exciting joy. unreplaceable. moga2 Allah merestui dan meredhakan perhubungan ini. Moga2 segala persahabatan aku dengan insan2 ini terhindar dr maksiat dan perasaan sayang yang menjadi mainan2 syaitan hingga menuntun kami ke jalan yg tak sepatutnya. ku mohon benar. minta2 Allah masih sudi mengabulkan.
'Maafkan aku! Jika kau terluka. Jangan berharap pada diri ini. Lihatlah aku, terimalah aku. Jika aku lemah, jangan turut menangis. Jika aku kecewa, jangan turut tertunduk. Jangan luluh kerana aku. Jangan menyesal kerana aku. Aku butuh teman. tapi tolong! tinggalkan aku. Andai aku membebankan.'
Saturday, December 05, 2009
Sunday, November 29, 2009
hati saya.
agak. walaupun saya tahu keputusan itu menyedihkan saya.
tapi itu yang saya minta pada Allah. saya tak mahu kegembiraan yang sementara. saya mahu yang kekal. saya tak mahu terbuai-buai. saya mahu yang pasti. saya tak mahu menjadi manusia yang saya benci. maka saya elakkan.
saya bukan membuat segala ini demi orang lain walaupun ia kelihatan begitu. saya buat demi saya. demi Allah, saya cuba tanamkan dalam hati. saya cuba menjadi insan yang tak membeloti kata dengan perilaku. saya cuba sehabis mungkin.
hati saya sedih. jiwa saya memujuk. akal saya bertahan. iman saya kata 'sabarlah, Allah pasti membantu andai itu ketentuan dan takdir-Nya.' saya mahu jadi 'atiqah yang seerti dengan maksudnya. my name is my virtue. harap-harapnya.
saya harap 'sesiapa' begitu jua. saya betul-betul tak sanggup lihat 'sesiapa' bersedih. saya akan ingat semuanya. semuanya. OK. ok. Ok.
"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216
saya tak suka membuat keputusan ini, tapi mungkin ini yang terbaik buat semua? Allah tahu masa depan saya. =)
Sunday, November 22, 2009
hadiah alam dewasa
kakak kata, aku harus tegas, punya prinsip diri. jangan menyalahkan diri atas ujian yang Allah beri. hal-hal begini adalah bawah kekuasaan-Nya, mulut dan hati perasaan manusia bukan berada dalam kawalan kita. yang penting kita harus tahu siapa diri kita. aku harus tahu posisi aku. harus pasti dan mengerti dengan tindakan yang diambil. kesedaran awal itu penting tapi yang berlaku nanti pasti punya sejuta hikmah.
kakak kata, hal ini juga akan membantu aku memahami siapa itu orang dan manusia. apa itu bezanya teman dan sahabat. kala ini, aku akan mengenal siapa yang masih tulus mendampingi aku. Yang tak meragui aku atas khabar angin, yang tak meneka semberono. mari semuka denganku, andai itu mampu meleraikan kekusutanmu. maka itu yang aku pohon. aku juga tak mahu hidup dalam teka-teki yang menyesakkan.
kakak kata, ujian ini yang terbaik menguji keikhlasan aku dalam persahabatan. mana letaknya ikhlas aku andai aku mahu dia membalas segala? mana jujurnya aku andai aku mengungkit dan meminta? apa yang telah aku lakukan harus demi Allah. Aku melakukan bukan demi dia atau kebahagiaannya tetapi untuk keredhaan-Nya.
kakak kata, ini baru sedikit ujian Allah. andai di sana nanti aku goyah pastinya kehidupan makin sukar buat aku. kakak kata menangislah andai itu mampu melepaskan beban yang ditanggung. menangislah agar dengan itu aku mampu melihat dengan lebih terang. kakak kata, dewasalah selaras dengan usia. kerana usia itu akan sia-sia tanpa pengalaman pahit. kakak kata jodoh pertemuan ajal maut semuanya memang mutlak milik Allah sahaja. jangan berlawan dengan takdir-takdir itu.
itu yang kakak titipkan buat aku. moga Allah membalas jasa kakak untuk kehidupanku ini. Moga segala itu tersemat rapi di sanubari diri. Amin.
dan aku?? jangan menangis lagi buat apa-apa perhubungan yang tak pasti. =}
Thursday, November 05, 2009
mungkin.
isi dan luaran.
sibuk dgn urusan perjanjian yg kena dibetulkan, bt passport, bt fund transfer ke aus bank, borang2, khabar btn lagi, medical check-up dn pelbagai ribu lagi urusan sebelum khabar ke sana disahkan. sebelum keputusan dinyatakan 'lulus dn layak'. tapi alhamdulillah, 50% hampir sempurna.
tapi masih, hati aku yg gelisah. meng0ng.
sukar, aku tak berjumpa jalan penyelesaian ttg masalah itu. apa yg dirancang x terjalan. x cukup berusaha? sudah, aku mencuba yang terbaik. tapi akhirnya tetap begini. tetap juga berselingkuh di balik kegagalan. pengecut? bukan, tp aku x mampu. benar2. sudahnya? beginilah..aku hanya biarkn masa mengubah segala. tak punya jalan lain. berdoa yang terbaik. moga2 Allah membantu aku dalam ujian kali ini.
mungkin aku perlu lari seketika dari hidup ini maka aku akan lebih menyedari. lebih2 menghargai. membayangkan andai aku hilang yang ini. maka mungkin tenaga akan terkumpul semula. akan mampu berpositif. akan mampu mencuba lg. aku perlu dikit udara berbeza. johor. =)
Thursday, October 29, 2009
c0ol~~
i hope it remains calm (it=my feeling)
i should have more self-c0ntrol. cuz when i let myself being hurt, i will hurt others. so, avoid it.
i need to find ways out. insya-Allah, after exam i have a solution i shall take. let's exam 1st! =)
Tuesday, October 27, 2009
geram seyh!
nk membebel bukan2 tahap mak cik jual baju sejuk time summer kt aus (adeke?!)
okeyh, hal smlm yg bru terjd waktu ptg 2 gak mmg sgt memberi kesan bukan-bukan kat emosi nieh..ye la, x penah nye ak bt keje ***** 2, kuar merayau sengsorang tanpe pedoman hid0p. mane lah tau kene rompak ke, pukau ke, bunuh ke..yg satu lg x sanggup nk pkir..huhu. smpi ak layan bdk kecik yg ak jmp kt jeti mcm anak sdre ak, usap2 kepala, igt nk peluk skali tp mak die ade lak..hehe..
balik dh maghrib, iwa ajak g mkn lak. pdhal dh order, x pe ah, tension nye psl. No doubt nk g mkn mahal wlaupn duit tggal kecip0t je tuk smpi akhir bulan dpn..enjoy2. balik kna headache, lucky x nazak. tid0 ah dgn hrpn menggunung tomorrow everything will b nice, skip study group. zZzz..(time tdo pn ak mimpi bkn2 psl hal 2. mmg rase nk tuttt~ argh! it affects me OK!)
hari ni, bgn2. tgk cermin. eyebag sgt teruk, bengkak and bwh mate yg sgt gelap. hate3!! b positive ok. g library konon nk counter back mlm td, x mampu. that thing lingers in my mind. tutup mate biar hilang sume. nk bace pn x msk. lyn g tut0rial, dgr bende2 yg memeningkn kple, perjanjian kne bt balik. WUARGhHH!!! (pdhal small matter sgt 2 pn nk affect ke atiqah?? had0iah!) naseb baik mum ckp bende yg menyenangkan, "small matter je balik kte bt same2 ok?". thanks mum, u made my day better. smbg stdy group, present things yg patotnye simple sgt, ak dh bce berjuta2 kali, tp 'blurr' sgt. x tau nape. mase neh rase sgt putus asa terhadap diri sendiri. tolonglah..please...aku nk exam ni. at least not this moment. bukan time2 nk exam klu ye pn nk emo smpi mcm ni.
rase mmg cm nk sep0k diri sendiri. hey, dont give up ok. hal smlm biar terkubur. biarkan. thanks 2 that particular person yg sgt memahami smlm. still, i can't overcome it. duh~. sia2 je ad kwn mcm ak. hahahah.
Monday, October 26, 2009
who do u think i am??
maaf, tapi aku bukan org yg akan menurut segala kemahuan manusia lain. ada bende yg aku kata 'NO', will stay as 'NO!'. aku ada prinsip utk dipertahankan, aku ada alasan atas apa yang aku lakukan. DONT EVER JUDGE ME like that.
ITS NOT A REJECTION as u think. aku x mahu menyakitkan hati sesiapa, tapi cuba fahami aku. aku tak mahu berlaku kejam terhadap sesiapa dan jangan paksa aku terlalu berterus terang. aku tak mampu nk bagi harapan bukan-bukan. aku x nak kecewakan org macam org kecewakan aku. aku x mahu orang merasai apa yg aku lalui. because it was a total hurt.
aku andaikan manusia yg mahu aku rase bersalah atas hidup aku dan jalan yg aku pilih bukanlah org yg akan mampu membimbing aku dalam kehidupan. di dunia ini atau akhirat kelak. kerna dia bahagia melihat ak tersiksa. dia takkan mampu utk menerima aku dlm kondisi terburuk suatu hari nanti dan aku tak mahu dia tersiksa menyesali tindakan sendiri. kerna dia akan mula menyalahkan tuhan.
when u start loving people, please bear in your mind that u love them for who they are, for decisions they make, for things they love, for stand that they believe and for the world they are from. insya-Allah, that people can accept your unfixed weaknesses which is the hardest part in accepting someone in life.
Friday, October 23, 2009
cuai, aduhai.~
tetibe rajin lak nk menengok2 inti pati laptop ni yg dh agak berbulan x diberi perhatian krn esemen yg melampau byknye..
tetb nampak bende2 yg aku rase kurang pentingnye..tekan 'DELETE' then g recycle bin clearkan sume. tetibe! bru aku sdar aku terdelete almost everything yg i syg sgt kat laptop neh! lagu ok lg, gb pn x pe sgt..tapi coretan kehidupan selama 2 tahun lebih 2 hilang mcm 2 je! my 'dexter' and 'citA'!!! (sob2)
seriously, i was terribly sad because they potrayed everything that happened in and towards me in these 2 years. my feelings towards people around me and how my experiences revolved my perspectives in life..
tapi x pelah, dh terdelete, nk bt mcmmana lg? maybe Allah wants me to have new life, forget all the experiences that make me sad, that make me less gratefull. act, i also want to forget those memories but i couldn't. but now, as the written form of them had deleted, what if i have my new life? with cheerful and heartening new moments? be the new 'Atiqah?
OYEAH!!! =))))
Monday, October 12, 2009
dedicated 4 friends ;)
(it was taken somwhere, someone's blog klu x silap tp a bit editted by me)
Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan
Tuhan Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh rancangan
Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan disingkat,
diketat dan dijarangkan
Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Tika aku dilanda badai
Allah itu sayang padaku
Hanya mahukan aku setia samping-Nya
Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
Tolong ingatkan aku
walaupun aku masih ingat
kerana aku adalah insan yang tak sempurna
Seringkali juga aku memohon pada Allah
Kurniakanlah aku sahabat-sahabat
Yang menegur saat aku menghilang..
i LURV u all!!!!! thanks 4 being wif me. accepting t way i b & help me.
Tuesday, October 06, 2009
choice.
it is when u have to choose. 2 choices.
the first 1: u r really madly deeply crazily like it so much!
the 2nd: suke. okaylah..ada bgs, x de pn x pe. nothing so important.
at the end, i end up by choosing the 2nd choice. am i crazy? or fool? or enough of both?
i don't know. i'm just too afraid of losing it. If it dissappears in my life in one fine day, then what my life would be? how can i gather back my pieces of heart? how can i live with smile? i rather live with the 2nd choice, at least i know that i still can stand alone if it leaves me.
i will choose the 1st..someday when i feel brave enough to face the feeling.
Thursday, September 17, 2009
yakin
after make a decision, please be confident with it.
don't regret any of it. never. stay with it and be happy. dat's y we need to tawakal kpd Allah. apa yg terjadi kemudiannya bukan lg dlm kawalan kita.
and 'atiqah just wants to smile. =)
Tuesday, September 15, 2009
input.
banyak sgt~ tp mmg sendiri yg nk sendiri yg cari alternative. so, ambik je lah. DIA yg bagi. beruntung py jawapan hati.
cube 'hadam' information yg byk2 2, sgt sukar. mcm mustahil nk praktikkan dlm hidup aku. sgt susah nk menjadikan my lifestyle. mmg x mampu kalau ikot logik akal.
tapi pikir2 lg. takes almost 3 days to think bout this. x blh jg. i don't want myself 2 feel burden doing that cuz if i do, it is not impossible that i will leave it at a moment that i'm not sure. i don't want that to happen. i don't want to turn back.
so i decide one simple thing 2 be used in my future life.
i will do my very2 best!! i will follow Allah's way as best i can, i will try to change myself slowly. but i would not promise anything. no and never. cuz promises somtimes develop insincerity.
dr nise: ikhlas itu ibarat semut kecil yang hitam di atas batu yang hitam dalam gua yg gelap di malam hari. nampakkah kita?
Wednesday, September 09, 2009
'tentang dia'
ok2..admit it's quite slow, a bit 'sastera', dragging and have high potential to make u sleep. which nise could not even afford to watch it..zZzz...
but there is a scene that i recall and could not forget it no matter what. when Rudi and Gadis are sitting at t roof of high building. things they talk and think. about life. about problem.
*(sorry could not upload it cuz the connection is terrible: try 'Tentang Dia Part 5 of 10'-youtube)
life without problem is juz like breathing without air. useless. empty. lifeless.
its normal. it happens to anyone. whether u or other people.
cuma yang membezakan kita adalah cara kita melihatnya. kdg2 berada di 'dalam' masalah 2 membuat kan kita buntu. segalanya kelihatan mustahil utk dilakukan. kita penat, kita celaru. jalan penyelesaian seolah-olah hilang.
belajar untuk keluar dari masalah itu. lari sebentar. lihat dari atas. melihat bukan dari posisi asal kita kadangkala membantu utk kita bernafas dan berfikir. yg masalah itu terlalu kecil. terdapat byk jalan-jalan sempit yang boleh kita lalui utk bebas dr masalah itu. cuma ia kadang2 x kelihatan jika kita masih setia menunggu tanpa usaha. bangun, lari, panjat dan cari. lihat dari posisi yang lain. perspektif yang berbeza. kita pasti bertemu jalan keluar.
tapi jangan mengalah jika tak berjaya buat kali pertama. everything has its first time. and everything needs time. jika dh mencuba dan masih malap, biarkan masa membantu kita. belajar dr kesilapan x kan membunuh kita. we are the one who keep falling, but will stand again and continue our run. dun be afraid.
memang ada masalah yang kita blh tinggalkan, ada yang boleh kita selesaikan. tapi ada juga yang 'setia' di samping kta dan menjadi sebahagian dari diri. belajarlah kdg2 bukan semuanya berada dalam kawalan, kita hanya perlu bersabar dan berusaha. tawakal pada Allah.
yang membedakan adalah cara melihatnya. 'tentang' masalah itu. 'tentang' dia. we r on our run. jadilah dewasa.
Monday, September 07, 2009
semalam~
a perfect day to cry.
besday sumbody yg aku x blh nk wish. try 2 feel it.
kak ya, kak fadil and along balik kg. masak2 and bt 'munjungan' (bg mknan kat org sempena puase) sempena birthday mak. mmg sedeyh, aku je sorang x balik.
pergi shopping beramai-ramai but act jln sorang2 juga akhirnya. i did a shopping that i never did a lifetime. not a person like me. 4 things that i bought were juz t0o much 4 me.huhu..
bile balik igt nk berbuka kat bilik with them. in sudden, x dpt transport sprt yg dijanjikan. ok lg..naik bas menapak dr caltex area tesco tengku kudin 2, mmg sah tggal tulang je. dh la sahur dgn air jer..buke pn dgn air kosong gak. haru~tp blh maintain gelak ceria lg.
lapar2 lepas solat. igt nk mkn. my friend miscommunicates with us, dia x blikan mknan tuk aku buke. time ni, mmg x blh nk tahan, rase mmg mcm nk burst. tp x per..dia mmg x sengaja. she felt so guilty, its ok dear, i noe u did not mean it at all. seriously.
mlm 2 ym dgn kawan ni, aku mmg dh pening2 lalat. x berapa steady dh. tetb dia membt sesuatu yg aku x senangi. mmg sedeyh. aku mmg x mampu utk tersenyum lg. end.
x tau nk marah ke x, nak sedeyh patut x.. tapi bile fikir2 balik. try 2 b positif.
ujian je 2! =P
Saturday, September 05, 2009
mum's day~
Tuesday, September 01, 2009
Selamat Hari Lahir K.Fadil!!!
crazy!
Saturday, August 29, 2009
l0ve this bl0g!
i can't remember where did i find this bl0g, fr0m wh0 and h0w..
but i l0ve it, the content and the bl0gger (i mean i admire him for who is him, his experience and treasure in life)
isu yang diketengahkan kadang2 santai sesekali berat tapi penyampaiannya mudah untuk dihadam utk golongan biasa (maksudnya yang melihat blog sekadar mahu membaca). Ia tak bersifat mengekang dengan kekasaran sebaliknya mendidik untuk menjauhi. memahami kenapa, mengapa dan bagaimana dari sudut akal dan perasaan. kesan dan natijahnya pada hidup seorang manusia, muslim dan hamba Allah yang sejati.
p0st2nya banyak yang mengujik jiwa ini, seringkali mengetuk hati agar muhasabah diri. sabar dalam segala ujian. jangan terlalu cpt melatah. menyedari kelemahan dan kekuatan diri. mempelajari bahawa mempertahankan maruah itu satu perjuangan. mencuba sehabis baik. mensyukuri tiap2 nikmat yang diberi.
saat aku mengenalinya banyak detik hati ini mula benar2 mengakui dan merasai..
ISLAM ITU INDAH~
moge2 istiqamah.tolong jgn menghakimi aku, bantulah aku.
Tuesday, August 25, 2009
juz d0 it?
then..bear with the c0nsequences!
if u d0 s0mething because of other pe0ple..
it means u r the l0ser! and can't stand f0r wat u believe.
if u d0 s0mething because of the circumtances,
then it is ur fate and FACE it with SMILE!!
Allah knows better than us~=)~
Friday, August 21, 2009
thinking heart?
kehidupan kelihatan menenangkan. dan menyeronokkan. adventurous. being surrounded with the people i l0ve and care.
tapi ada particle-particle kecil dalam hidup ini yang memberontak. yang biasa tapi mungkin salah. yang benar tapi janggal. mahu tapi pahit. malu tapi seronok. gelap tapi bukan legap. kabur tapi tidak kelabu. hinggakan aku kadang-kadang tak tahu tindakan itu patut dihalalkan atau diharamkan dalam hidup ini.
keluar malam. isu mudah. simple. mungkin ada yang mengatakan lapuk jika aku begitu terusik ttg ini. ortodoks. tapi ini bukan nilai yang aku pelajari di rumah. lewat hanya utk emergencies. lewat hanya jika bersama keluarga. itu yang abah dan mak titipkan. keselamatan dan keadaan x boleh dijangka. takut andai berada di tempat yang salah pada masa yang salah. bahaya.
dan di sini, seringkali aku x punya semua alasan itu. aku hy mahu melihat dunia malam, bersama teman, berkongsi kenangan. semoga tiada kekesalan lewati usia nt. tapi tika ini, kdg2 kesal itu menjengah saat usia belum beranjak. bersyukurlah. ada yang mengingatkan. ada yang sayang. tapi pilihan itu belum kubuat. antara keseronokan ini?
Sukar. Ya Allah, tabahkan hati ini?
Thursday, August 13, 2009
h0me quarantine. H1N1.
manusia itu dilahirkan untuk diuji, diberikan cabaran dalam kehidupannya agar kehadirannya di dunia bukan sesuatu yang sia-sia.
akulah satu dari manusia itu.
ujian kali ini benar2 mencabar keberserahan aku pada Allah, menguji kesabaran dan ruang fikiran.
2 hari demam bukan sesuatu yang luar biasa. selsema, temperature around 38 and 39 C, headache dan batuk. nothing seems abnormal. it was just a normal fever. macammana pun memandangkan kes H1N1 yang masuk angka ke-5 mangsanya ketika tu, aku gagahkan badan ke klinik. 2 kali. yang kedua was 4 MC. i was suspected to have dengue. tapi semuanya beransur pulih, i was heal dan cuma batuk je masih ada. 3rd day after my fever, medical officers dtg buat swab thr0ats because there were t0o many people got sick in the institute. at that m0ment, my temperature was only 37.4 C, and i have no symtoms of the flu except during the fever but they stll wanted to do it on me. lucky one. institut ditutup untuk 7 hari. it juz the day after i prepared to go back, they informed me that i was suspected having H1N1 and quarantined 4 1 day. i went back j0h0re after that terrible day.
"salam, sy inspekter kesihatan yang buat swab thr0ats awk hari itu. 'atiqah, keputusan swab throat 2 baru je sy dapat, awak p0sitif.." oh ya Allah! i have nothing to say.
home quarantine 4 7 days. 247 of flu mask. the tremend0usly str0ng anti-viral which made me nausea. stay at r0om. av0id direct contact wif any0ne. and u r h0me!
kehidupan kelihatan tunggang langgang. saat yang benar2 buat aku tidak terdaya malahan untuk bernafas. aku terasing dari kehidupan. seorang. takut. risau. segalanya bercampur menjadi satu. satu kekecohan mental. air mata adalah satu-satunya pembantu tika itu kerna aku tak mampu meluahkan dengan kata mahupun memekan. kenapa aku?
alhamdulillah, Allah datang membantu,
"dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar"Al-Anfal:46
aku tak mengerti kenapa aku, dimana silapku, bagaimana dan mengapa. tapi aku memahami sesuatu. Allah menyayangi aku. kerna itu aku diberi musibah ini sebagai ujian. menguji ketahanan mentalku untuk menghilang atau pasrah? aku memilih untuk pasrah kerna Allah tak kan pernah sekali-kali mempersiakan usaha hambanya. usaha untuk mencari penawar. usaha untuk bersabar. usaha untuk meredhakan. usaha untuk mengatakan yang semua ini milik Allah dan kita akan kembali pada-Nya suatu hari nanti tatkala diri dilanda kesengsaraan. saat hati memberontak dan menggila. Insya-Allah segalanya akan mudah bila kita p0sitif dan berusaha. percayalah.
segalanya kelihatan aman. hati ini. dan fizikalnya juga. syukur sekali lagi pada Allah. aku sembuh dari swine flu. alhamdulillah atas kurnia-Nya ketahanan immune diri yang tinggi. hanya tinggal batuk sedikit. terima kasih buat sahabat2 yang prihatin, nise, tika, syamim, kechik dan ramai lg, sungguh sms dan panggilan anda mengurangkan resah di hati. terima kasih buat amir, willing to fetch me at bus station wlaupun tau he wud b t 1st person expose 2 me after t quarantine.
terima kasih buat semua insan2 berharga, mak, abah, kak fadil, kak ya yang tak pernah takut utk kongsi makanan, ketawa bersama, kongsi selimut and hug me eventhough with that condition. i am s0 blessed 2 have all of u.
thanks Allah for this journey.
Friday, July 24, 2009
angan2 mak jenin : =p!
x de mase. peluang x dtg. kurang kesedaran. kekangan masalah. ntah ape2 lglah alasan aku. hendak seribu daya x hendak seribu dalih.
1) aku teringin nk mas0k debat bm cuz 4 english i dun hav dat confidence yet. i think my bm quiet impressive cuz
ma rumate penah kate (tambh tolak kebenarannye) "konye bm kan seyes patriotik dan baku (which means hebat..kot). aku rase ko salah msk course la..". mekasih rumate, sy anggapnye sbgai pujian. =p
sum0ne ever say 2 my fren:
"x sangka ade gak bdk yg berbakat kt cohort ko ni lg ek?" <--refer 2 me cuz bru pas jd mc kt institut assembly. (name dirhsiekn cuz ak tak0t die x igt die kte g2...nt malu..uhu~)
ade gak kwn aku yg rajin ajak aku g mas0k kelab debat di0rg, tp cuz mase 2 ak ade masalh2 yg x dpt dielakkan s0 lame2..x menjadi. thanks 4 t invitati0n n0ni!!
2) damn hell~(ni bukan mencarut, hanya expressi n0rmal dlm eng yg bermaksud keterlaluan). kelas melukis. i dream of it since i was a kid. skrg dh over bes0...
im quite talented in it, i l0ve art s0 much! maybe i am born wif dis talent--to draw.
mase kecik2, my mum always promised 2 sent me 2 learn drawing c0mics or p0tret but at t end x dpt gak..(ade bende yg x dpt dielakkan kt dunia ni)
at this stage, i wish i can enter one or s0me drawing class when im in sydney nex year. really h0pe s0!!
3) penulisan kreatif. cerpen or any kind of dis field.
when i was in my girl's sch0ol in f.1 my bm teacher had told and ch0se me 2 enter pertandingan menulis esei peringkat daerah. she was needed 2 ch0ose 1 representative from our scho0l..uhu..mesti die trust my ability so much until she said 'konfem blh menang' but when i m0ved from dat sch0ol at dat crucial time she was frustrated wif me.really. my frens told me she was asking 4 me after i moved. (s0 s0rry teacher!)..i was s0o h0me sick at dat time cuz of dat *tutt* senior yg asek membuli je kejenyer!
i juz send most of my cerpens to sch0ol's magazines...heish. my mum said i shud b more brave and hav high self confidence but it was me at th0se time.
terlalu byk lagi peristiwa2 yang membuat aku percaya aku ada bakat dalam bidang2 yang berkenaan, bezanya tika 2, i got no self-esteem dat say i shud try n0 matter wat. i was t0o afraid of l0sing. making me juz an ordinary cheap person.
may be it is t time of changing. a turning p0int. i need 2 dare 2 fail. i need 2 take risk. i shudn be a l0ser 'atiqah. it is time 2 change b4 anything becomes t0o late. LATE.
p/s: this colour is indicator of my private speech or monolog..=}
Tuesday, July 21, 2009
'change of heart'
change of heart. 'pe0ple r never who u think they r.'
reading to this, i get 3 beneficial values in facing my 'rusuhan hati':
1) pe0ple r changing. leave t expectation of whom themselves. let ur heart d0ing her fl0w. cuz i dun want 2 b hurt esp by their w0rds.
2) n0 matter how people perceive u and u really want them 2 get wat they ask 4. believe this. dun ever give up in d0ing g0od deeds. Allah sees me and HE wud never turn me d0wn during t Hereafter.
3) sumtimes, beralah x bererti kalah. i juz want t best for us. x berbaloi berpatah arang kalau itu membawa keburukan utk aku dan org lain.
'Dan sesungguhnya Dialah yg menjadikan org tertawa dan menangis'-An-Najm:43
--> sedeyh sgt hari ni, x sangka i hav dat kind of fren. sanggup ckp th0se words 2 me. terngiang-ngiang. aiseyh~!!
Monday, July 20, 2009
when guilty bec0me anger. shuD i?
Sunday, July 19, 2009
this is t 2nd sem::
nice. c0ol. l0ts of assignments. hehe
actually, lame dh teringin nk ade blog tapi keadaan dan access 2 internet yg x menggalakkan membantutkan hasrat 2. Buat juga tapi mcm x de. x update. ntah ape2. x ilmiah. merepek.
jadi. dengan hasrat jitu yang padu. cube nk membt pembaharuan. perlahan2. insya-ALLAH. moge2 istiqamah!
d0akan yang terbaik buat sem ni. AMIN!!