TOLONG INGATKAN AKU
(it was taken somwhere, someone's blog klu x silap tp a bit editted by me)
Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan
Tuhan Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh rancangan
Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan disingkat,
diketat dan dijarangkan
Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Tika aku dilanda badai
Allah itu sayang padaku
Hanya mahukan aku setia samping-Nya
Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
Tolong ingatkan aku
walaupun aku masih ingat
kerana aku adalah insan yang tak sempurna
Seringkali juga aku memohon pada Allah
Kurniakanlah aku sahabat-sahabat
Yang menegur saat aku menghilang..
i LURV u all!!!!! thanks 4 being wif me. accepting t way i b & help me.
tolong ingatkan aku soh ko blnje air kotak esok hehehehe :)
ReplyDelete