Sunday, November 29, 2009

hati saya.

saya tak tipu untuk katakan saya bangga ambil keputusan ini. hati saya agak tenang ketika ini.

agak. walaupun saya tahu keputusan itu menyedihkan saya.

tapi itu yang saya minta pada Allah. saya tak mahu kegembiraan yang sementara. saya mahu yang kekal. saya tak mahu terbuai-buai. saya mahu yang pasti. saya tak mahu menjadi manusia yang saya benci. maka saya elakkan.

saya bukan membuat segala ini demi orang lain walaupun ia kelihatan begitu. saya buat demi saya. demi Allah, saya cuba tanamkan dalam hati. saya cuba menjadi insan yang tak membeloti kata dengan perilaku. saya cuba sehabis mungkin.

hati saya sedih. jiwa saya memujuk. akal saya bertahan. iman saya kata 'sabarlah, Allah pasti membantu andai itu ketentuan dan takdir-Nya.' saya mahu jadi 'atiqah yang seerti dengan maksudnya. my name is my virtue. harap-harapnya.

saya harap 'sesiapa' begitu jua. saya betul-betul tak sanggup lihat 'sesiapa' bersedih. saya akan ingat semuanya. semuanya. OK. ok. Ok.

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216

saya tak suka membuat keputusan ini, tapi mungkin ini yang terbaik buat semua? Allah tahu masa depan saya. =)

Sunday, November 22, 2009

hadiah alam dewasa

kakak kata ia hadiah untuk perjalanan melangkah ke alam kedewasaan. memperlihatkan bagaimana aku menguruskan permasalahan ini usai usia remaja.



kakak kata, aku harus tegas, punya prinsip diri. jangan menyalahkan diri atas ujian yang Allah beri. hal-hal begini adalah bawah kekuasaan-Nya, mulut dan hati perasaan manusia bukan berada dalam kawalan kita. yang penting kita harus tahu siapa diri kita. aku harus tahu posisi aku. harus pasti dan mengerti dengan tindakan yang diambil. kesedaran awal itu penting tapi yang berlaku nanti pasti punya sejuta hikmah.



kakak kata, hal ini juga akan membantu aku memahami siapa itu orang dan manusia. apa itu bezanya teman dan sahabat. kala ini, aku akan mengenal siapa yang masih tulus mendampingi aku. Yang tak meragui aku atas khabar angin, yang tak meneka semberono. mari semuka denganku, andai itu mampu meleraikan kekusutanmu. maka itu yang aku pohon. aku juga tak mahu hidup dalam teka-teki yang menyesakkan.



kakak kata, ujian ini yang terbaik menguji keikhlasan aku dalam persahabatan. mana letaknya ikhlas aku andai aku mahu dia membalas segala? mana jujurnya aku andai aku mengungkit dan meminta? apa yang telah aku lakukan harus demi Allah. Aku melakukan bukan demi dia atau kebahagiaannya tetapi untuk keredhaan-Nya.



kakak kata, ini baru sedikit ujian Allah. andai di sana nanti aku goyah pastinya kehidupan makin sukar buat aku. kakak kata menangislah andai itu mampu melepaskan beban yang ditanggung. menangislah agar dengan itu aku mampu melihat dengan lebih terang. kakak kata, dewasalah selaras dengan usia. kerana usia itu akan sia-sia tanpa pengalaman pahit. kakak kata jodoh pertemuan ajal maut semuanya memang mutlak milik Allah sahaja. jangan berlawan dengan takdir-takdir itu.


itu yang kakak titipkan buat aku. moga Allah membalas jasa kakak untuk kehidupanku ini. Moga segala itu tersemat rapi di sanubari diri. Amin.


dan aku?? jangan menangis lagi buat apa-apa perhubungan yang tak pasti. =}

Thursday, November 05, 2009

mungkin.

hidup di sini nampak celaru.

isi dan luaran.

sibuk dgn urusan perjanjian yg kena dibetulkan, bt passport, bt fund transfer ke aus bank, borang2, khabar btn lagi, medical check-up dn pelbagai ribu lagi urusan sebelum khabar ke sana disahkan. sebelum keputusan dinyatakan 'lulus dn layak'. tapi alhamdulillah, 50% hampir sempurna.

tapi masih, hati aku yg gelisah. meng0ng.

sukar, aku tak berjumpa jalan penyelesaian ttg masalah itu. apa yg dirancang x terjalan. x cukup berusaha? sudah, aku mencuba yang terbaik. tapi akhirnya tetap begini. tetap juga berselingkuh di balik kegagalan. pengecut? bukan, tp aku x mampu. benar2. sudahnya? beginilah..aku hanya biarkn masa mengubah segala. tak punya jalan lain. berdoa yang terbaik. moga2 Allah membantu aku dalam ujian kali ini.

mungkin aku perlu lari seketika dari hidup ini maka aku akan lebih menyedari. lebih2 menghargai. membayangkan andai aku hilang yang ini. maka mungkin tenaga akan terkumpul semula. akan mampu berpositif. akan mampu mencuba lg. aku perlu dikit udara berbeza. johor. =)