Ya Allah,
percaturan kali ini bukan mudah untukku. bukan senang untuk ditimbang tara. bukan enteng untuk dipikul. aku bukan insan hebat untuk tersenyum atas kegusaran. jauh lagi melihat tiap titis air mata mengalir. bukan milikku yg makin kabur. legap. dan luluh.
Ya Allah,
andai dengan kesedihan ini kau anugerahkan aku kemanisan masa hadapan. maka dengan itu aku berbesar hati dengan dugaanMU. aku titipkan pengorbanan kecil, buat kebahagiaan insan-insan tersayang. mohon aku tak kan mengulang kesilapan itu. mohon aku kekal pada jalan yg betul. mohon aku tak terlalu terleka lagi.
Ya Allah,
aku hanya mampu memberi sedikit kudrat. buat harapan yg tinggal dikit. buat pegangan yg makin goyah. buat hati yg makin hilang kekuatannya. aku mohon pertolongan. Ketabahan untuk jiwa ini. jiwanya. jiwa kami semua. aku harus redha dgn takdir. mohon. mohon bantuanMU Ya Allah.
percayalah diri, yg jasad dan roh ini pasti punya penghujung yg pasti. selepas melingkuh dalam kesedihan. melewati zaman gelap ini. aku pasti bertemu ketenangan. demi doa. demi harapan.
"Ya Allah,
ReplyDeleteandai dengan kesedihan ini kau anugerahkan aku kemanisan masa hadapan. maka dengan itu aku berbesar hati dengan dugaanMU."..jadikan ini janji kita padaNYA :)