jangan berjanji bukan-bukan dengan aku andai kau x pasti masa datang itu bagaimana. jangan biar aku menaruh harapan untuk sesuatu setinggi bintang. kerna jatuhnya aku ke bumi nanti tak mungkin mampu kembali berdiri. sakit, perit itu mungkin hanya Tuhan yg tahu. aku tak mahu perkara yg sama berlaku pada sesiapa. maka untuk itu, lebih elok segalanya aku pendamkan dahulu.
aku bukan hipokrit. aku bukan penipu apatah lagi pendusta. aku cuma insan yang x tahu masa depan. aku mencuba tiap saat untuk ikhlas. untuk pasrah. untuk tenang. untuk menjadi yg terbaik buat diri dan orang sekeliling. maka, untuk itu. aku berdoa agar segalanya akan baik-baik saja.
aku tak mahu terhuyung hayang dalam mimpi yg tenggelam timbul. lemas, lelah. mungkin masa depan bukan seperti yg aku idamkan. maaf andai ada perlakuan mengguris hati. maaf andai ada perkataan tersalah tafsir. maaf andai aku berubah menjadi insan yg x sesiapa kenali. aku redha andai yg tak diingini adalah takdir Illahi. aku hanya mahu tabah. seperti mak. seperti kak fadil.
aku insan yg memang punya byk cela. aku hanya melakukan yg terdaya dari diri. mohon berkati aku Ya Allah.
No comments:
Post a Comment