tolong ingatkan aku
tika aku mengeluh kesah
yang jalan ini memang bukan mudah
jalan ini bukan bersendi tawa dan bahagia
kerna ini ruang perjuangan
mahu jadi serikandi
perlu tabah dan besar jiwanya 'atiqah
tolong tenangkan aku
tika aku menangis lelah
bahawa tiap titik air mataku
adalah pemadam dosa semalam
tiap rasa dan luka mendatang
menguji siapa aku disisi tuhan
tolong nasihati aku
tatkala aku dirudung murung
ikhlas itu pengubat jiwa hamba
yang sering-sering rindukan dunia
maka aku
'atiqah harus lurus niatnya
hanya mengharap redha illahi
'atiqah
ini jalan ke syurga
memang tak pernah akan mudah
:)
No comments:
Post a Comment