Alhamdulillah
setiap benda yang ada dalam hidup
adalah nikmat
mungkin kadang saya lupa
selama 24 tahun membesar
saya selalu lupa apa yg sy punya adalah belas ihsan Allah
ZAYD
adalah nikmat
seringkali saat saya tgk dia
sy teringat, ni cuma pinjaman
jadi Allah pinjamkan dia sedikit lama utk sy
seringkali
sy urut tangan dan kaki dia
sy usap dahi dan kepalanya
sy geletek perutnya
sy tahu semua ini belas ihsan nya
cukup sifatnya Zayd
sihat walafiatnya Zayd
cergasnya Zayd
sempurnanya organ-organ Zayd
semua ni adalah belas ihsanNya
sebab kalau Dia mahu yang sebaliknya
'kun fayakun'
dan jika Dia mahu Zayd pergi dulu dari saya
maka nanti sy kena redha
jika nanti abang pergi dulu dari saya
saya kena tabah jaga Zayd
maka sekarang adalah masanya
masa yang ada utk lakukan yang terbaik
walau penat dan lelah
walau amarah dan cungap
Al.An'am: 60
"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan."