Saturday, October 09, 2010

Tu_an

.hamba ini.
insan hina
dilayan dengan baik
diberi makan pakai
diberi ruang rehat
diberi kasih sayang
diberi hiburan menenangkan
diberi satu penghormatan
.hamba ini.
rupanya si engkar pembelot
si pengkhianat cinta
penat sudah Tu_an memberi
perginya pada yg lain
culas pada amanah
lupa pd yg berhak
demi kepuasaan tulinya
.hamba ini.
sekurangnya harus mencuba
harus sedar khilaf diri
harus merayu pd Tu_an
harus berbakti pd yang lain
harus sedar diri
.hamba ini.
diadili oleh mahkamah hamba-hamba
mahu dilontar ke lembah loji
namun
Tu_an membentak
masih mahu menerima
masih mahu memaaf
masih mahu menyayang
Tu_an sangat baik bukan?

No comments:

Post a Comment